BantuanBantuan Lain

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM350 Diawalkan

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri BKKA yang akan diberikan kepada pesara kerajaan dengan tujuan membantu mereka membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Bantuan berjumlah RM350 ini akan diberikan kepada pesara kerajaan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri BKKA

Bantuan khqas yang akan diberikan ini adalah merupakan satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Kategori Bantuan Khas Aidilfitri ini terbahagi kepada 2 iaitu bantuan akan diberikan kepada Penjawat awam , dan juga Pesara Kerajaan yang akan dijelaskan lebih lanjut dibawah.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi penerima bantuan khas ini adalah;

  • Penjawat awam – RM700
  • Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, dan veteran berpencen dan tidak berpencen – RM350

Jumlah Bantuan

Kadar bantuan yang akan diberikan kepada pesara kerajaan ini adalah sebanyak RM350 .

Bayaran Bantuan Diawalkan

Pihak Kerajan telah bersetuju bahawa tarikh pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri BKKA kepada penjawat awan dan juga pesara kerajan diawalkan dari 17 April 2023 kepada 14 April 2023 hari ini .

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button