Bantuan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Mula Dibayar Secara Berperingkat

Setelah pembayaran Sumbangan Tunai Rakyat dan Bantuan Khas Kewangan bermula 17 Januari 2023. Kini tiba giliran Bantuan Awal Persekolahan yang mula dibayar secara berperingkat.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP)

Sebuah bantuan kerajaan berbentuk kewangan yang diberikan setiap tahun bermula 2012 pada awal musim persekolahan murid.

Pelaksanaan bantuan ini adalah untuk membantu rakyat khususnya ibu bapa untuk pembelian barang keperluan anak-anak untuk ke sekolah.

KADAR BANTUAN BAP 2023

Bermula 2022, jumlah bantuan dinaikkan sebanyak RM 50 iaitu daripada RM 100 kepada RM 150. Oleh hal demikian, jumlah yang layak diterima oleh setiap murid adalah

  • RM 150 seorang

PEMBAYARAN DILAKUKAN SECARA BERPERINGKAT

Pembayaran yang diumumkan telah bermula pada 12 Januari 2023. Tetapi untuk pengagihan kepada murid adalah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Hari ini 18 Januari 2023, telah ramai yang melaporkan bahawa anak-anak mereka sudah menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Oleh itu, tarikh pembayaran adalah mengikut pihak sekolah. Terdapat pihak sekolah yang menetapkan tarikh penerimaan bantuan pada waktu bersekolah dan ada juga pada hari tidak bersekolah iaitu Sabtu.

Para ibu bapa dinasihatkan agar bersabar kerana pembayaran bakal dikreditkan sepenuhnya tidak lama lagi kerana bayaran dilakukan secara berperingkat.

MURID YANG LAYAK TERIMA BAP

Berikut adalah syarat kelayakan bagi setiap pelajar yang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) :

Umum tahu pembayaran BAP 2023 ini adalah layak kepada semua murid tanpa melihat pendapatan ibu bapa, asalkan murid tersebut

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta

KAEDAH PEMBAYARAN

Terdapat 2 kaedah bayaran yang ditetapkan iaitu

1.Bayaran Melalui Akaun Bank

  • Untuk para pelajar yang mempunyai akaun bank

2.Bayaran Melalui Serahan Tunai Kepada Ibu, Bapa atau Penjaga

  • Pihak sekolah akan menetapkan tarikh untuk ibu,bapa atau penjaga hadir untuk terima bantuan tersebut secara tunai

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut, ibu bapa boleh bertanya kepada pihak sekolah ataupun guru kelas anak berkaitan mengenai Bantuan Awal Persekolahan ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button