KWSP

Tiga PILIHAN Pengeluaran Khas KWSP 2023

Terdapat tiga pilihan pengeluaran KWSP selain pengeluaran KWSP secara bersasar yang dicadangkan oleh pakar. Ketahui di bawah

PAKAR SARANKAN TIGA PILIHAN SELAIN PENGELUARAN KWSP

Seorang penganalisis ekonomi dari UniKL Bussiness School, Profesor Madya Aimi Zulhazmi Abdul Rashid menyarankan tiga pilihan lain selain membenarkan pengeluaran KWSP bagi mengatasi isu kos sara hidup rakyat.

Beliau menyifatkan pengeluaran KWSP walaupun bersasar tetapi tetap berisiko untuk menjejaskan masa depan bakal pesara terutama apabila mempunyai baki simpanan yang sedikit.

PILIHAN PERTAMA

Langkah pertama yang boleh diambil ialah wang simpanan KWSP pencarum boleh dikreditkan secara langsung kepada bank untuk hutang tertunggak.

Menurut beliau, kaedah ini sekurang-kurangnya dapat melaraskan kembali pembayaran atau memulihkan status pencarum. Perkara tersebut boleh dilakukan untuk memberi permulaan baharu pada mereka yang terkesan.

Beliau turut mencadangkan agar diwujudkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) khusus diamanahkan kepada agensi kerajaan contohnya Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memastikan mereka yang mempunyai hutang bank untuk penstrukturan semula hutang.

PILIHAN KEDUA

Profesor Aimi Zulhazmi memberi cadangan kedua iaitu untuk mereka yang tiada masalah hutang tetapi mengalami pengurangan pendapatan disebabkan perniagaan merosot, dipotong gaji atau kehilangan tempat bergantung akibat kematian disebabkan Covid-19 atau penyakit berkaitan.

Beliau berkata, pihak kerajaan mungkin boleh tubuhkan jabatan khas di bawah agensi sedia ada untuk memperbaiki taraf kehidupan bukan sahaja dengan bantuan tunai bulanan tetapi membantu secara langsung dari aspek perniagaan atau pekerjaan yang sesuai.

Beliau turut menegaskan bahawa penting untuk menjadikan agensi berkenaan berkeupayaan memberi motivasi dan kaunseling dalam membantu memulihkan golongan yang terkesan akibat kegawatan ekonomi.

PILIHAN KETIGA

Pilih ketiga selain Pengeluaran KWSP bersasar adalah penubuhan satu tabungan khas menerusi dana diterima daripada derma dan wakaf yang dikecualikan cukai daripada individu dan korporat.

Kata beliau, penubuhan tabungan khass ini dapat digunakan untuk membantu perbelanjaan pemulihan seperti yang disebutkan.

Sumber : astroawani.com , Sinar Premium

PENGELUARAN KWSP SECARA BERSASAR

Pencarum KWSP masih berharap agar Pengeluaran KWSP dilaksanakan walaupun secara bersasar.

Walaupun ramai pencarum dimana jumlah baki simpanan mereka makin berkurang. Tetapi disebabkan kegawatan ekonomi seperti kos sara hidup yang kian meningkat menyebabkan rakyat meminta pengeluaran ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button