Pelbagai jenis tuntutan yang dibuat kepada kerajaan mengenai KWSP termasuklah Pengeluaran KWSP RM 10,000 hingga RM 30,000 sebelum Aidilfitri 2023. Semak maklumat penuh di bawah
DANA KWSP TIDAK TERJEJAS
Menurut Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) iaitu pertubuhan bukan kerajaan yang sinonim mendesak Pengeluaran KWSP, mempunyai sebab kukuh mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran kali ini.
Pihak tersebut turut menyatakan Dana KWSP tidak akan terjejaskan sekiranya pengeluaran khas diluluskan berikutan berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam tabung KWSP.
KESEMPITAN HIDUP PERLU DIUTAMAKAN
Presiden 40M, Encik Roslan Mohd Arif berkata pengeluaran tersebut seharusnya dibenarkan kerana ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri dan mereka sedar tabungan masa depan susut.
Tambah beliau, dengan kesempitan hidup mungkin ada antara pencarum tidak sempat menikmati persaraan hari tua, memandang pada masa sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai, ada yang telah bankrap dan paling buruk sampai bunuh diri.
ALTERNATIF LAIN SELAIN PENGELUARAN KHAS
Menurut pertubuhan terbabit sekiranyaa tidak mahu melulukan Pengeluaran Khas KWSP, pihak kerajaan perlu memberikan bantuan RM 1,000 kepada pencarum yang memerlukan atau menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM 350 kepada sekurang-kurangnya RM 800 atau RM 1,000 sebulan.
Alternatif lain pula adalah banyak lagi dana boleh dicairkan termasuklah hasil cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), seperti kerajaan United Kingom serta Australia yang bantu rakyatnya mengatasi isu kelangsungan hidup.
PENGELUARAN RM 10,000 HINGGA RM 30,000 SEBELUM AIDILFITRI
Prorakyat mencadang agar pengeluaran khas itu diluluskan berdasarkan syarat dan mengikut kaedah sama seperti dilaksanakan sebelum ini.
Tuntutan pengeluaran RM 10,000 hingga RM 30,000 secara one-off tidak akan menganggu pelabur KWSP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk mempertimbangan pengeluaran khas KWSP ini.
4PM dan Prorakyat turut berharap agar pengeluaran KWSP diluluskan dan diagih selewat-lewatnya sebelum Ramadan atau Aidilfitri tahun ini.
Kenapalah pm tak benarksn rakyat membuat pengaluaran kwsp ni,sedangkan sebkum pru15 itulah tuntutan rakyat,siapa yg menang dia la yang akan laksanakan pengaluaran ini,….tolong kami golongan b40 kami benar2 memarlukan untuk dapat keluar dari beban kesampitan wang ini…hari tua itu belum pasti bagi setiap orang jadi berilah kami peluang sekali lagi.
要拿EPF没工作
Saya keluarkan epf mhu bayar hutan lama masa pkp mco.lagi star pkp saya kena buang kerja sampai skrng ada kerja pun tak tentu kaji pun kcil pun tak ada epf poton majikan….ini 1tahun betul susah betul saya berlukan keluarkan kwsp yang sendiri lunas hutan lama lain star hidup kan baru sy…tolong lah kasih lulus kan saya 30k.