KWSP

Tidak Perlu Pengeluaran KWSP, Fokus Subsidi

Shah Alam – Tiada keperluan mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ketika ini kerana ia bukan wang untuk dibelanjakan sewaktu keadaan mendesak sebaliknya ia simpanan masa tua, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsudin Bardan.

Beliau berkata, pihaknya menyokong sepenuhnya kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang tidak membenarkan lagi pengeluaran KWSP kerana boleh menjejaskan simpanan keperluan pencarum selepas bersara.

Kini kita dapat melihat lebih dua per tiga daripada pencarum mempunyai simpanan kurang daripada RM 10,000 ketika mencapai umur 55 tahun.

“Namun, melihat perancangan KWSP mengatakan bahawa setiap pencarum itu mestilah mempunyai kira-kira RM 280,000 simpanan dalam KWSP apabila bersara.

“Tetapi bersara ketika ini adalah 60 tahun dan ia satu cabaran yang amat besar kerana kebanyakan mereka tidak mampu berbuat demikian, dan berdasarkan statistik KWSP cuma tiga peratus sahaja pencarum yang boleh bersara dengan agak selesa,” katanya

Sumber : sinarharian.com.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button