BantuanKWSP

Pengeluaran Penuh KWSP Yang Dibenarkan, Semak Syarat – Syarat Disini

Merujuk kepada isu KWSP sebelum ini, rakyat telah menggesa kerajaan untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP yang mana berkemungkinan besar tidak diluluskan dan tidak termasuk dalam perkara yang dibentangkan semasa Bajet 2023 lepas.

Namun begitu, sebenarnya Pihak KWSP telah membenarkan pengeluaran penuh KWSP tetapi mengikut syarat tertentu yang ditetapkan seperti yang tertera dibawah.

Syarat – Syarat Pengeluaran Penuh KWSP Yang Dibenakan

Sebelum ini, Kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Namun, sebenarnya Pihak KWSP juga membenarkan pengeluaran penuh KWSP tetapi mengikut syarat tertentu yang ditetapkan seperti,

  1. PEKERJA BERPENCEN
    • Bagi Pesara / Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh. Takrif pesara ialah pekerja yang telah diletakkan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam pekerjaan berpencen oleh kerajaan Malaysia atau kerajaan Negeri atau pihak berkuasa berkanun atau tempatan.
  2. MENCAPAI UMUR 55 TAHUN
    • Pengeluaran penuh simpanan bagi ahli yang mencapai umur 55 tahun dibenarkan. Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
  3. MENINGGALKAN NEGARA
    • Bagi ahli yang kehilangan atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka untuk berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan seluruh simpanan KWSP mereka.
  4. KEHILANGAN UPAYA (OKU)
    • Pengeluaran penuh bagi mereka yang kehilangan upaya adalah dibenarkan setelah disahkan oleh pegawai perubatan dan mereka juga layak untuk menerima RM 5,000 sebagai Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU).
  5. KEMATIAN
    • Jika ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan KWSP mereka boleh dilakukan melalui waris. Oleh itu, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran KWSP selepas kematian.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari portal rasmi KWSP yang tertera dibawah;

https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button