STR

Tarikh Bayaran Terkini STR Fasa 2

Pembayaran STR Fasa 1 2023 sudah dikreditkan kepada setiap penerima yang layak. Seterusnya pula, pembayaran STR Fasa 2 bakal diagihkan pula. Ketahui tarikh bayaran terkini STR Fasa 2, semak di bawah

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan berbentuk kewangan atau wang ringgit yang diberikan kepada setiap keluarga atau individu yang layak.

Pembayaran STR adalah melalui beberapa fasa sama seperti bayaran bayaran Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Prihatin Rakyat dan lain-lain.

JUMLAH BANTUAN PENUH STR 2023

Setakat ini pihak kerajaan belum mengeluarkan apa-apa lagi maklumat penuh tentang jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

Buat masa sekarang hanya jumlah bayaran STR Fasa 1 yang diketahui oleh rakyat iaitu RM 300 untuk isi rumah manakala masing-masing warga emas tiada pasangan dan bujang terima RM 100.

Sebarang maklumat rasmi mengenai jumlah bantuan penuh STR 2023 akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR FASA 2

Mesti anda sedang ternanti-nanti mengenai tarikh bayaran STR Fasa 2. Walaubagaimanapun, setakat ini masih terlalu awal perkara tersebut diumumkan kepada rakyat. Ini kerana bayaran fasa 1 baru sahaja selesai dikreditkan kepada setiap penerima.

Tarikh rasmi pembayaran akan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam beberapa bulan ke depan. Tetapi, kami meneliti bahawa BKM 2022 sebelum ini dibayar dalam masa setiap 3 bulan bagi setiap fasa.

Sekiranya, jadual bayaran tersebut turut digunapakai pada STR 2023, bayaran STR Fasa 2 MUNGKIN akan dibayar pada bulan April atau lebih amnya sebelum hari raya Aidilfitri.

KELAYAKAN PENERIMA STR 2023

Buat masa sekarang setiap penerima yang terima bayaran pada STR Fasa 1 adalah berlandaskan data penerima BKM 2022.

Sebarang permohonan baharu, rayuan permohonan dan kemas kini maklumat belum dimaklumkan oleh kerajaan. Sebarang maklumat terbaru akan kami kemas kini dari masa ke masa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button