STR

Semakan Status Pembayaran STR Bagi Yang Belum Terima Bantuan

Pembayaran STR Fasa 1 mula dikreditkan secara berperingkat dan akan dibayar untuk semua penerima. Ini adalaha artikel semakan status pembayaran STR bagi yang belum terima bantuan.

SUMBANGAN TUNAI RAKYAT

Sumbangan Tunai Rakyat (STR) telah memulakan pembayaran bagi fasa 1 bermula 17 Januari 2023.

Pemberian bantuan ini adalah untuk membantu rakyat yang memerlukan khususnya mereka golongan B40 dan miskin tegar. Walau bagaimanapun, golongan M40 turut turut tidak boleh dilupakan kerana mereka turut terhimpit.

Diharapkan bagi bantuan kewangan mendatang, kerajaan perpaduan sentiasa menjaga kebajikan rakyat khususnya rakyat berpendapatan rendah.

JUMLAH BANTUAN STR

Pembayaran STR Fasa 1 telah dikreditkan. Setakat ini hanya jumlah STR Fasa 1 yang diumumkan oleh kerajaan. Bagi jumlah penuh bayaran STR 2023 belum diumumkan setakat ini.

STR FASA 1

RM 300

  • Kategori Isi Rumah

RM 100

  • Bujang
  • Warga Emas Tiada Pasangan

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR

Bagi yang belum menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah STR Fasa 1, anda boleh membuat semakan status pembayaran

1. Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

2.Masukkan No MyKad pada ruangan MYSTR

3.Klik Log Masuk

4.Masukkan Maklumat Keselamatan, Kata Kunci Keselamatan Dan Kata Laluan

5.Semakan pembayaran STR Fasa 1 boleh dibuat

KATEGORI YANG LAYAK STR

Pembayaran STR Fasa 1 adalah merujuk kepada data Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 sebab itulah pembayaran terus dikreditkan ke akaun bank atau membuat penebusan tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kategori yang layak STR Fasa 1 adalah Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

CARA BAYARAN

Pembayran STR Fasa 1 dilakukan melalui 2 kaedah iaitu secara kredit atau penebusan tunai di BSN.

1.Secara Kredit

Pembayaran terus ke akaun bank dilakukan kepada para penerima yang layak.

2.Penebusan Tunai

Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank, anda boleh membuat penebusan tunai di mana-mana Bank Simpanan Nasional (BSN).

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus layari laman web rasmi STR yang tertera di atas atau hadir ke LHDNM jika terdapat masalah mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Anda juga boleh ikuti perkembangan terkini STR melalui akaun rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di Facebook.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button