BantuanSTR

Permohonan Baharu Dan Kemaskini Maklumat STR Dibuka Sehingga 31 Mac Ini

Untuk makluman, permohonan baharu dan kemaskini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah STR telahpun dibuka. Hal ini untuk memastikan maklumat penerima STR adalah mengikut maklumat yang terbaru dan akan mempengaruhi penambahan jumlah bantuan yang akan diterima mengikut kategori anda.

Oleh itu, penerima bantuan STR hendaklah mengemaskini maklumat mereka sebelum tarikh tutup seperti yang dinyatakan dibawah.

Tempoh Permohonan Baharu Dan Kemaskini Maklumat STR

Anda boleh membuat permohonan melalui dua cara iaitu secara atas talian dan juga secara manual. Tempoh bagi permohonan baharu dan kemaskini maklumat adalah seperti berikut;

  • Secara dalam talian – 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023
  • Secara manual ( Kaunter LHDN ) – 8 Mac 2023 – 31 Mac 2023

Tujuan Permohonan Baharu Dan Kemaskini Maklumat STR

Berikut adalah tujuan pihak kerajaan membuka permohonan baharu dan juga kemaskini maklumat STR anda,

  • Kemaskini maklumat STR adalah perlu bagi memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan.
  • Bagi mengurangkan golongan yang tercicir yang mana data penerima STR fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan.

Permohonan Baharu STR

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu :

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiadapasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.

Anda boleh membuat permohonan baharu secara atas talian di laman rasmi STR dibawah,

Kemaskini Maklumat Dan Permohonan Baharu STR

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button