BantuanBantuan JKMBantuan Lain

Bantuan Tunai Berjumlah Sehingga RM350 Sebulan Untuk B40

Bantuan yang dinyatakan adalah Bantuan Am Persekutuan iaitu sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk  meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan Am Persekutuan

Bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan dan merupakan warganegara yang tinggal atau bermastautin di Wilayah Persekutuan.

Bantuan Am Persekutuan ini adalah bertujuan untuk membantu meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti bagi individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan.

Kadar Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang layak adalah sebanyak;

  • Minimum RM100 sebulan seorang
  • Maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.

Note : Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Permohonan Kini Dibuka

Untuk makluman tuan puan, permohonan bagi bantuan ini masih dibuka dan segala maklmat lanjut mengenai permohonan boleh dibuat di laman rasmi berikut : https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bantuan-am

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button