Seperti yang sedia maklum, kerajaan telah perkenalkan bantuan BPT iaitu Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar berjumlah RM500 seorang sebulan yang diberikan kepada penjaga/keluarga pesakit untuk membantu meringankan beban mereka.
Bantuan ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tujuan Bantuan
Bantuan ini diberikan oleh kerajaan untuk membantu rakyat,
- Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
- Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut.
- Sila muat turun dan isi dengan lengkap borang-borang berikut.
Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
2. Bawa borang-borang tersebut yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari laman rasmi di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bpt.html atau hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000 .
Bantuan plisss