BantuanBantuan JKM

Bantuan RM1,000 / Keluarga BKK : Permohonan Kini Dibuka

Bantuan ini adalah dikenali sebagai Bantuan Kanak-kanak (BKK). Bantuan ini adalah juga salah satu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) ini bertujuan Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Bukan itu sahaja, ia juga membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak
termasuk kasih sayang dan perhatian.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Jumlah Bantuan

Bantuan ini diberikan minimum sebanyak RM150 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM1,000/keluarga sebulan mengikut kategori berikut:

  1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun ke bawah.
  2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
  3. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Permohonan Kini Dibuka

Untuk makluman anda, permohonan telah dibuka dan anda boleh membuat pendaftaran permohonan secara atas talian terlebih dahulu di laman rasmi JKM atau pada pautan dibawah,

Daftar Permohonan disini – https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Maklumat Lanjut

untuk maklumat lanjut atau sebarang kekeliruan, anda boleh melayari langsung laman rasmi di bawah ini.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkk.html

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button