Bantuan BPT yang juga dikenali sebagai Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar ini khusus untuk penjaga/keluarga pesakit yang berjumlah RM500 sebulan.
Tujuan Bantuan BPT
Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga/penjaga dan menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan ini;
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut.
- Sila muat turun dan isi dengan lengkap borang-borang berikut.
Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
2. Bawa borang-borang tersebut yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan disalurkan bagi bantuan BPT ini adalah sebanyak RM500 sebulan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari laman rasmi di ,
https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bpt.html atau hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000