Skip to content

Bantuan Semasa

Portal Info Bantuan 2023

Menu
  • Laman Utama
  • Bantuan Kerajaan
  • STR 2023
  • KWSP
  • Bantuan JKM
  • Bantuan Lain
Menu

Permohonan Rumah Murah RM 124 Sebulan

Posted on 03/11/2021

 

PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah perumahan yang terkenal di negara. Ia adalah program kerajaan untuk menempatkan semula penduduk setinggan dan memenuhi tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Sangat murah rumah yang ditawarkan untuk program ini. Jadi jom baca sehingga habis artikel ini untuk mengetahui info penuh mengenai Program Perumahan Rakyat ini.

KATEGORI-KATEGORI PPR

Hanya terdapat 2 kategori rumah PPR yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menjadi agensi pelaksana projek-projek PPR daripada Perlis sehingga Sabah.

Berikut ialah 2 kategori PPR :

1) PPR DISEWA

2) PPR DIMILIKI

1) PPR DISEWA

Program PPR Disewa telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran seperti golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan.

BAYARAN SEWA : 

Mereka yang layak untuk PPR DISEWA hanya akan membayar sewa 

  • RM 124 sebulan
2) PPR DIMILIKI

Manakala PPR Dimiliki diperkenalkan oleh pihak kerajaan dengan tujuan agar golongan yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri tanpa bayaran sewa setiap bulan lagi.

BAYARAN RUMAH :

Rumah-rumah PPR DIMILIKI akan dijual berharga seperti berikut 
  • RM 35,000 seunit di Semenanjung
  • RM 42,000 seunit di Sabah dan Sarawak
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2)

CIRI-CIRI UNTUK RUMAH PPR 
Berikut ialah ciri-ciri untuk rumah PPR yang bakal anda miliki nanti 
  • PPR Kawasan bandar besar : Jenis rumah ialah bertingkat antara 5 sehingga 18 tingkat
  • PPR Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres
  • Luas : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan dalam rumah : 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air (tandas)
  • Kemudahan asas termasuklah :
    • Dewan komuniti
    • Surau / ruang solat
    • Gerai makan / ruang niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Kawasan lapang / taman permainan
    • Tempat buang sampah
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN


Berikut syarat kelayakan yang harus anda ada sekiranya ingin membuat permohonan :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 sebulan
  • Belum memiliki rumah sendiri
  • Mengikut syarat-syarat tambahan oleh Kerajaan Negeri
CARA PERMOHONAN RUMAH PPR 

Sila rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui cara permohonan

PERMOHONAN SECARA ONLINE

  • Daftar Akaun SPRN di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  • Setelah selesai pendaftaran, log masuk menggunakan butiran yang didaftarkan
  • Pilih skim mengikut kelayakan 
  • Lengkapkan maklumat pemohon 
  • Pilih projek
  • Muat naik dokumen sokongan dengan betul
  • Buat pengesahan dan hantar permohonan
KLIK DISINI UNTUK INFO BARU

0 thoughts on “Permohonan Rumah Murah RM 124 Sebulan”

  1. Unknown says:
    03/11/2021 at 11:54 pm

    Saya mau memohon ppr d sebabkan saya duduk rumah kawasan setinggan bersama sama orang tua saya berkenaan lg saya sudah berumahtangga, saya berharap sangat dapat bantuan semasa ini in sha Allah

    Reply
  2. Unknown says:
    04/11/2021 at 1:59 am

    Slm nk tnye mcm mne nk buka akaun tu semula..lupe kata laluan..sbb dh tukar no bru .email pn bru

    Reply
  3. Unknown says:
    05/11/2021 at 6:31 pm

    sy masih lg tiada rumah

    Reply
  4. Unknown says:
    08/11/2021 at 3:13 pm

    Dah lama buat permohonan, dari zaman najib hingga sekarang, berapa kali nk mohon , tp tiada respon , dah lebih 10 tahun tunggu, asyik nk mohon jer, gaji rm 1200, x layak ke nk dpt rumah, kami mohon dari awal najib bukak prima, asyik suruh kemas kini dah berapa kali kemas kini , sekarang zaman PN nk kene mohon lagi ke, bahagian perumahan x semak permohonan kami ke, yg pelik, org bujang boleh dpt pulak rumah, patut bagi kami yg keluarga ni, heran la , kerajaan sekarang… Bukti nya mmg betul, kami mohon bersama tp org bujang pulak yg diterima permohonan… Kami yg berkeluarga nie bila nk dpt , umur makin tue , berapa lama nk menyewa, rumah sewa makin naik, x berbaloi byr mahal tp rumah sewa, tolongla semak semula permohonan kami …

    Reply
  5. Insan pinggiran says:
    09/11/2021 at 2:50 pm

    Utk detail pasangan tu letak la no k/p dgn pasport(utk pemegang visa jgka panjang@permit )..dok tgk byak pulak warga asing yg menyewa kat ppr dr tuan yg menyewa@yg dimiliki..

    Reply
  6. Unknown says:
    15/11/2021 at 10:05 pm

    Assalamkim,dan salam sejahtera.saya bapa tunggal kepada 3 orang anak dengan harapan kami memiliki tempat berteduh memandangkan saya tak memiliki sebarang rumah,wassalam

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Permohonan Masih Dibuka Bagi Bantuan Bulanan RM500
  • Semak Cara – Cara Membuat Permohonan Baharu STR 2024
  • Golongan B40 Akan Menerima Bantuan RM3700 Tahun Hadapan
  • Kategori Yang Dinyatakan Layak Memohon STR 2024
  • Bantuan Kredit E-Wallet RM100 Kini Boleh Ditebus

Recent Comments

  1. Ashben on Bantuan Kecemasan RM 500
  2. prediksi togel macau on Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 Hingga RM 30,000
  3. Ommd94c on Bantuan Kecemasan RM 500
  4. Nickben on Bantuan Kecemasan RM 500
  5. Paulben on Bantuan Kecemasan RM 500

Archives

  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • June 2020

Categories

  • Bantuan
  • Bantuan JKM
  • Bantuan Lain
  • BKM
  • btr
  • Informasi
  • Kerajaan
  • KWSP
  • STR
  • STR
  • Uncategorized
©2023 Bantuan Semasa | Design: Newspaperly WordPress Theme