Bantuan Lain

Permohonan Rumah Murah RM 124 Sebulan

 

PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah perumahan yang terkenal di negara. Ia adalah program kerajaan untuk menempatkan semula penduduk setinggan dan memenuhi tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Sangat murah rumah yang ditawarkan untuk program ini. Jadi jom baca sehingga habis artikel ini untuk mengetahui info penuh mengenai Program Perumahan Rakyat ini.

KATEGORI-KATEGORI PPR

Hanya terdapat 2 kategori rumah PPR yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menjadi agensi pelaksana projek-projek PPR daripada Perlis sehingga Sabah.

Berikut ialah 2 kategori PPR :

1) PPR DISEWA

2) PPR DIMILIKI

1) PPR DISEWA

Program PPR Disewa telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada Februari 2002 bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran seperti golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan.

BAYARAN SEWA : 

Mereka yang layak untuk PPR DISEWA hanya akan membayar sewa 

  • RM 124 sebulan
2) PPR DIMILIKI

Manakala PPR Dimiliki diperkenalkan oleh pihak kerajaan dengan tujuan agar golongan yang berpendapatan rendah mampu memiliki rumah sendiri tanpa bayaran sewa setiap bulan lagi.

BAYARAN RUMAH :

Rumah-rumah PPR DIMILIKI akan dijual berharga seperti berikut 
  • RM 35,000 seunit di Semenanjung
  • RM 42,000 seunit di Sabah dan Sarawak
Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR akan menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2)

CIRI-CIRI UNTUK RUMAH PPR 
Berikut ialah ciri-ciri untuk rumah PPR yang bakal anda miliki nanti 
  • PPR Kawasan bandar besar : Jenis rumah ialah bertingkat antara 5 sehingga 18 tingkat
  • PPR Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres
  • Luas : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan dalam rumah : 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air (tandas)
  • Kemudahan asas termasuklah :
    • Dewan komuniti
    • Surau / ruang solat
    • Gerai makan / ruang niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Kawasan lapang / taman permainan
    • Tempat buang sampah
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN


Berikut syarat kelayakan yang harus anda ada sekiranya ingin membuat permohonan :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 sebulan
  • Belum memiliki rumah sendiri
  • Mengikut syarat-syarat tambahan oleh Kerajaan Negeri
CARA PERMOHONAN RUMAH PPR 

Sila rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui cara permohonan

PERMOHONAN SECARA ONLINE

  • Daftar Akaun SPRN di pautan https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  • Setelah selesai pendaftaran, log masuk menggunakan butiran yang didaftarkan
  • Pilih skim mengikut kelayakan 
  • Lengkapkan maklumat pemohon 
  • Pilih projek
  • Muat naik dokumen sokongan dengan betul
  • Buat pengesahan dan hantar permohonan

Related Articles

One Comment

  1. Saya mau memohon ppr d sebabkan saya duduk rumah kawasan setinggan bersama sama orang tua saya berkenaan lg saya sudah berumahtangga, saya berharap sangat dapat bantuan semasa ini in sha Allah

  2. Dah lama buat permohonan, dari zaman najib hingga sekarang, berapa kali nk mohon , tp tiada respon , dah lebih 10 tahun tunggu, asyik nk mohon jer, gaji rm 1200, x layak ke nk dpt rumah, kami mohon dari awal najib bukak prima, asyik suruh kemas kini dah berapa kali kemas kini , sekarang zaman PN nk kene mohon lagi ke, bahagian perumahan x semak permohonan kami ke, yg pelik, org bujang boleh dpt pulak rumah, patut bagi kami yg keluarga ni, heran la , kerajaan sekarang… Bukti nya mmg betul, kami mohon bersama tp org bujang pulak yg diterima permohonan… Kami yg berkeluarga nie bila nk dpt , umur makin tue , berapa lama nk menyewa, rumah sewa makin naik, x berbaloi byr mahal tp rumah sewa, tolongla semak semula permohonan kami …

  3. Utk detail pasangan tu letak la no k/p dgn pasport(utk pemegang visa jgka panjang@permit )..dok tgk byak pulak warga asing yg menyewa kat ppr dr tuan yg menyewa@yg dimiliki..

  4. Assalamkim,dan salam sejahtera.saya bapa tunggal kepada 3 orang anak dengan harapan kami memiliki tempat berteduh memandangkan saya tak memiliki sebarang rumah,wassalam

Leave a Reply to Insan pinggiran Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button