BantuanBantuan JKMBantuan Lain

Permohonan Dibuka : Bantuan Kewangan Bermula RM200 Hingga Maksimum RM1000 Sebulan

Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak atau BKK yang merupakan salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tujuan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Bantuan Kanak Kanak adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga bertujuan untuk terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini;

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Kadar Bayaran Bantuan

Kadar bantuan yang diberikan adalah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
  • Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Permohonan Masih Dibuka

Untuk pengetahuan anda, permohonan bantuan ini masih dibuka dan bagi mereka yang berkelayakan adalah amat digalakkan untuk membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan membuat permohonan anda boleh melayari laman rasmi yang tertera di bawah ini :

https://manfaat.mof.gov.my/individu/bkk

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button