Bantuan ini adalah salah satu yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK) yang mana khusus diberikan untuk kanak-kanak yang berkelayakan di Malaysia. Ibu bapa dan juga penjaga adalah dialu-alukan untuk memohon bantuan ini sementara permohonan masih dibuka.
Tujuan Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Tujuan bantuan ini diberikan adalah untuk,
- membantu keluarga/penjaga kepada anak/kanak-kanak atau membantu anak/kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
- membantu memelihara dan memperkukuh institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
- Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
- Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.
Jumlah Bayaran
Berikut adalah jumlah bantuan yang akan diberikan mengikut kelayakan :
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun ke bawah.
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.
Bantuan ini diberikan minimum sebanyak RM150 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM1,000/keluarga sebulan.
Cara Permohonan
Untuk makluman anda, permohonan telah dibuka dan anda boleh membuat pendaftaran permohonan secara atas talian terlebih dahulu di laman rasmi JKM atau pada pautan dibawah,
Daftar Permohonan disini – https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
Seterusnya,
- Anda perlu hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian dengan membawa borang permohonan bantuan dan dokumen sokongan dalam tempoh 14 hari selepas permohonan online dibuat.
- Anda boleh muat turun dan isi borang permohonan di sini – Borang Permohonan Bantuan (JKM18) dan Borang Kaji Semula Bantuan (JKM20)
DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU DIBAWA
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Bil utiliti semasa seperti ( AIr / Elektrik / Telefon / Astro).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh menghubungi Pihak JKM di talian 03-8000 8000 atau anda juga boleh melayari langsung lama web rasmi JKM disini – https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/index
One Comment