BantuanBantuan JKM

Bantuan Kanak – Kanak (BKK) Berjumlah RM1000, Semak Sekarang

Bantuan Kanak-Kanak atau BKK ini adalah salah satu bantuan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tujuan Bantuan Knak-Kanak (BKK)

Antara tujuan utama bantuan ini disalurkan adalah untuk, Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Selain itu, ia juga membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak
termasuk kasih sayang dan perhatian.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini;

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Kadar Bantuan

Minimum  sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan  mengikut pecahan berikut :

i.   RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah.
ii.  RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.

Cara Permohonan

Untuk makluman anda, permohonan telahpun dibuka.

Untuk memohon, anda boleh mengikuti langkah-langkah yang terdapat – Di Sini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button