KWSP

Pengeluaran Khas Bersyarat KWSP Serendah RM3,000

Berita baik lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan KWSP dengan program terbaharu iaitu Fasiliti Sokongan Akaun (FSA2).

Melalui FSA2, para pencarum boleh membuat pengeluaran bermula RM3,000 hingga RM50,000.

PENGELUARAN KWSP FSA 2

Berita baik kepada pencarum KWSP, Pengeluaran KWSP yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) dilancarkan tetap secara bersyarat iaitu dalam bentuk pembiayaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam teks ucapannya di Dewan Negara memaklumkan bagi tujuan program ini, fasiliti pembiayaan patuh Syariah juga disediakan oleh institusi perbankan dan ia tidak melibatkan sebarang unsur-unsur riba.

JUMLAH PENGELUARAN SIMPANAN YANG LAYAK

Berikut adalah amaun pengeluaran yang dibolehkan berdasarkan simpanan di dalam Akaun 2 KWSP

SYARAT PENGELUARAN

Terdapat pelbagai jenis syarat yang ditetapkan oleh pihak KWSP dan berikut adalah syarat-syaratnya

  • Terbuka kepada ahli yang belum mencapai usia 55 tahun
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Amaun simpanan minimum RM3,000 di Akaun 2
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada amaun pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan)

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui institusi perbankan yang terlibat.

LANGKAH 1

  • Membuat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian

LANGKAH 2

  • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan

LANGKAH 3

  • Mengemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dengan KWSP melalui portal insitusi perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan

PENCARUM KWSP 4 JUTA BAKAL MENDAPAT MANFAAT

Fasiliti ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak. Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka di antara 4% hingga 5% setahun. Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8% hingga 15%.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button