Bantuan Lain

Pembayaran Bantuan Berjumlah RM 2,500 Untuk Setiap Isi Rumah

Terdapat sebuah bantuan yang baru sahaja dibayar kepada rakyat yang berkelayakan. Ia sebagai tanda keprihatinan kerajaan Malaysia.

Untuk mengetahui informasi penuh mengenai bantuan tersebut sila rujuk penuh artikel di bawah.

BANTUAN KEPERLUAN ASAS

Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mangsa banjir yang terjejas pada Disember 2021.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang akan diagihkan adalah berjumlah 
  • RM 2,500 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR)

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang anda harus ada untuk menerima bantuan ini ialah
  • unit rumah anda ditenggelami air
Tetapi, berikut ialah golongan yang tidak layak untuk menerima bantuan tersebut
  1. unit rumah berbilang tingkat seperti flat atau pangsapuri yang tidak terjejas
  2. Premis perniagaan

CARA BAYARAN

Terdapat beberapa jenis cara bayaran yang dilakukan oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang layak termasuklah
  • Pembayaran secara tunai
  • Pemindahan secara elektronik ke bank penerima
Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah badan pelaksana yang terlibat untuk pengurusan bantuan ini.

Manakala, pelaksanaan bantuan ini diselaraskan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah masing-masing.

CARA PERMOHONAN

Berikut ialah panduan permohonan yang dikeluarkan oleh ICU JPM
  • Hubungi dan memberi data KIR kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
  • Senarai penerima yang layak akan disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
  • Senarai akan dikemukakan kepada ICU JPM
  • Serahan wang tunai / pemindahan secara elektronik bantaun oleh ICU JPM akan dibuat kepada penerima

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button