BantuanBantuan LainSTR

Kategori Bujang Yang Akan Menerima Bantuan RM100

Bantuan yang dinyatakan ini adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Sama seperti bayaran STR sebelum ini dilakukan secara berfasa dari fasa 1 hingga fasa 4.

Bayaran STR Fasa 1 Sudah Mula Disalurkan

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 Fasa 1 diawalkan pada 29 Januari 2024 dan akan disalurkan secara berperingkat. Akan tetapi, sebahagian rakyat telahpun menerima bantuan ini lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan.

Kategori Penerima STR 2024

kategori yang layak menerima STR 2024 adalah seperti berikut :

  • Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
  • Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )

Bayaran RM100 Kategori Bujang

Seperti yang kita tahu, bayaran keseluruhan bagi kategori bujang adalah sebanyak RM350 .

Bayaran RM100 ini akan disalurkan pada bayaran fasa 1 dan selebihnya akan disalurkan pada fasa 2 hingga fasa 4.

Kadar Bayaran STR Fasa 1

Kadar bayaran yang akan disalurkan mengikut kategori adalah seperti berikut :

  1. ISI RUMAH (<RM2500) – RM500
  2. ISI RUMAH (RM2501-RM5000) -RM100 – RM300
  3. WARGA EMAS -RM150
  4. BUJANG -RM100

Tarikh Bayaran STR 2024

Tarikh bayaran bagi 4 fasa STR 2024 adalah seperti berikut :

  • FASA 1 : 29 JANUARI 2024
  • FASA 2 : APRIL 2024
  • FASA 3 : OGOS 2024
  • FASA 4 : NOVEMBER 2024

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button