BantuanBantuan Lain

Golongan B40 Akan Menerima Bantuan RM3700 Tahun Hadapan

Bantuan ini adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Permohonan Baharu Dan Kemaskini STR 2024

Proses kemaskini maklumat dan permohonan baharu kini dibuka bermula 1 November yang lalu. Tujuan kemaskini adalah untuk perubahan status perkahwinan, bilangan anak, penukaran nombor akaun bank dan lain-lain lagi.

Tempoh Permohonan Baharu Dan Kemaskini

Proses kemaskini dan permohonan baharu STR 2024 telah dibuka untuk pemohon bermula 1 November 2023.

Anda boleh melakukan proses kemaskini maklumat atau membuat permohonan baharu di laman rasmi STR berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bantuan B40 Sehingga RM3700

Peruntukan bantuan STR 2024 meningkat sebanyak 2 billion ringgit daripada 8 billion ringgit kepada 10 billion ringit Malaysia.

Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula pada tahun 2024.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button