Ini Maklumat Terbaru Pengeluaran KWSP 2023

Ini adalah maklumat terbaru Pengeluaran KWSP secara bersasar 2023 yang anda patut tahu. Rakyat masih mengharapkan agar Pengeluaran KWSP diluluskan walaupun secara bersasar.

PENGELUARAN KWSP SECARA BERSASAR

Semua tahu sehingga hari ini, terdapat ramai pencarum KWSP masih berharap agar Pengeluaran KWSP walaupun secara bersasar diluluskan oleh pihak kerajaan.

Pencarum turut ketahui bahawa disebabkan pengeluaran khas yang lalu menyebabkan baki simpanan turut berkurang. Disebabkan itu, para pencarum mencadangkan untuk pengeluaran secara bersasar sahaja.

MAKLUMAT TERKINI PENGELUARAN KWSP

Suara rakyat melalui Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir antara inidividu yang paling kuat bersuara memperjuangkan isi KWSP ini.

Beliau berharap agar Perdana Menteri kesepuluh Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan tuntutan rakyat tersebut.

Tambah beliau, sekiranya pihak kerajan benarkan pengeluaran khas ini, ia bermaksud kerajaan tidak perlu memberi bantuan yang banyak untuk rakyat. Dalam sudut lain, ia menjimatkan perbelanjaan negara.

Beliau turut menyambut baik keprihatinan Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan nasib rakyat yang sedang dihimpit ini akibat kos sara hidup yang makin meningkat.

TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP RM 10,000

Ada juga sebilangan pihak yang mengharapkan Pengeluaran KWSP RM 10,000. Antaranya Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggesa pihak kerajaan untuk meluluskan permintaan rakyat iaitu Pengeluaran KWSP RM 10,000 atau 50 peratus kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripadda jumlah tersebut.

Pengeluaran itu adalah untuk membantu meringankan beban rakyat yang dinyatakan oleh Naib Presiden parti tersebut.

RESPON PERDANA MENTERI

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.

Beliau berkata adalah lebih baik kerajaan mencari jalan lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.

Leave a Comment