KWSP

Pengeluaran Sebilangan KWSP Bersyarat Kini Dibenarkan – Semak Sekarang

Walaupun Pengeluaran KWSP secara bersasar belum diluluskan oleh pihak kerajaan setakat ini, berikut adalah pengeluaran sebilangan wang KWSP bersyarat yang dibenarkan oleh pihak KWSP.

PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

Pelbagai jenis Pengeluaran KWSP yang dibenarkan tetapi secara bersyarat. Pihak KWSP telah menyediakan beberapa skim pengeluaran untuk para pencarum tetapi mengikut kriteria yang diperlukan sahaja.

Antaranya, anda boleh mengeluarkan wang KWSP melalui Akaun 2 sahaja untuk tujuan-tujuan tertentu.

PENGELUARAN AKAUN 2 UNTUK MEMBELI RUMAH

Sekiranya anda sedang bercadang untuk membeli sebuah rumah, pihak KWSP menyediakan sebuah kemudahan untuk anda memiliki rumah.

Pengeluaran sah untuk pembelian rumah pertama sama ada melalui

  1. pembelian rumah lelong
  2. pembelian Rumah Mesra Rakyat (RMM)
  3. rumah subsale
  4. pembinaan rumah sendiri

PENGELUARAN UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Selain daripada pengeluaran untuk pembelian rumah, pengeluaran turut dibenarkan untuk pembiayaan pendidikan contohnya yuran kolej.

Sekiranya anda mempunyai anak yang masih belajar di Universiti atau Kolej, anda boleh menampung pembayaran yuran mereka menggunakan simpanan Akaun 2 KWSP.

PEMBAYARAN RAWATAN PERUBATAN

Sekiranya anda hidapi antara 36 jenis penyakit kritikal, anda turut boleh mengeluaran wang Akaun 2 KWSP untuk menampung kos perubatan atau alat kesihatan.

Maklumat penuh : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health

PEMBAYARAN IBADAH HAJI

Untuk pembayaran ibadah haji, KWSP turut sediakan kemudahan. Anda boleh mengeluaran wang simpanan Akaun 2 KWSP untuk mengurangkan bebanan kos.

Pengeluaran wang KWSP tersebut adalah melalui permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button