e-Pemula: e-Tunai RM150 Bagi Golongan Belia Berusia 18-20 Tahun

 

e-Pemula: e-Tunai RM150 Bagi Golongan Belia Berusia 18-20 Tahun

Khusus untuk golongan belia yang berusia 18 hingga 20 tahun dan kepada pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak boleh mendaftar e-Pemula untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-Tunai.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa nilai yang berjumlah RM150 melalui kredit e-Tunai tersebut adalah melalui perkhidmatan Touch’n Go eWallet, ShopeePay, BigPay dan GrabPay.

Tempoh Pendaftaran

Tuntutan dan tempoh pendaftaran e-Pemula adalah sehingga 
  • 1 Jun 2022
Program e-Pemula melalui penyedia perkhidmatan Touch’n Go eWallet, ShopeePay, BigPay dan GrabPay boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Menurut Menteri Kewangan (MOF) Program e-Pemula akan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 April.

Golongan Yang Layak Menerima kredit RM150

Progran e-Pemula ini terbuka kepada:-

  • warganegara yang berumur 18 hingga 20 tahun (lahir pada 2002 hingga 2004)
  • atau pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 (SKM4) dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar.
Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.

Pengkreditan Secara One-Off

Kepada golongan belia yang berusia 18 hingga 20 tahun dan kepada pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan yang layak, kredit e-Tunai RM150 akan dikreditkan secara One-Off (sekali bayar) ke dalam akaun e-Dompet para belia.

Insentif Tambahan kredit e-Tunai

Kredit e-Tunai yang bernilai RM150 tersebut yang menggunakan perkhidmatan Touch’n Go eWallet, ShopeePay, BigPay dan GrabPay akan memberi insentif tambahan dalam bentuk:-
  1. Baucar
  2. Cashback
  3. Coins 
Insentif ini berjalan sepanjang tempoh program e-Pemula dilaksanakan.


Leave a Comment