Skip to content

Bantuan Semasa

Portal Info Bantuan 2023

Menu
  • Laman Utama
  • Bantuan Kerajaan
  • STR 2023
  • KWSP
  • Bantuan JKM
  • Bantuan Lain
Menu

Senangnya Nak Semak Baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP Untuk Pengeluaran Khas

Posted on 19/03/2022

 

Senangnya Nak Semak Baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP Untuk Pengeluaran Khas

Isi Kandungan

  • Senangnya Nak Semak Baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP Untuk Pengeluaran Khas
  • CARA SEMAK BAKI AKAUN 1 & 2 KWSP
  • TARIKH BAYARAN PERTAMA
  • BUTIRAN TERPERINCI PENGELUARAN KHAS
  • CARA PERMOHONAN
  • PENGELUARAN KWSP RM 10,000 DILULUSKAN
  • MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG SUKAR
  • BERHARAP AGAR SEMUA PENCARUM MEMBUAT PENILAIAN

Senangnya Nak Semak Baki Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP Untuk Pengeluaran Khas

Pihak kerajaan melalui Perdana Menteri telah membuat pengumuman meluluskan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM 10,000.


Pengeluaran Khas KWSP adalah sebuah jenis pengeluaran wang KWSP seperti i-Sinar, i-Lestari  dan i-Citra berjumlah maksimum RM 10,000 yang baru sahaja diluluskan dan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 16 Mac 2022.

Pengeluaran ini adalah sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat setelah pelbagai usaha telah dilaksanakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pelaksanaan pengeluaran khas wang KWSP RM 10,000. Perkara tersebut adalah sangat ditunggu-tunggu oleh rakyat setelah pelbagai cara dilakukan seperti penyerahan memorandum, petisyen dan lain-lain.

Setelah pengumuman ini, mesti anda terus ingin semak baki wang simpanan akaun 1 dan 2 KWSP kan, berikut adalah panduan untuk membuat semakan.

CARA SEMAK BAKI AKAUN 1 & 2 KWSP

Berikut adalah panduan untuk membuat semakan baki daripada akaun 1 dan 2 KWSP.

1. Layari portal rasmi KWSP melalui https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada paparan ‘User ID’

3. Kemudian masukkan Kata Laluan i-Akaun anda

4. Baki akaun anda akan dipaparkan menggunakan carta pai, oren bermaksud Baki akaun 1 dan biru ialah baki Akaun 2 KWSP seperti tertera

TARIKH BAYARAN PERTAMA

Mengikut daripada butiran yang dikeluarkan oleh KWSP, tarikh bayaran pertama adalah pada
  • 20 April 2022 

BUTIRAN TERPERINCI PENGELUARAN KHAS

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan sebuah hantaran melalui laman media massa tentang informasi ringkas berkenaan Pengeluaran Khas.

Berikut adalah butiran yang diberikan :

1. Pengeluaran Khas terbuka kepada ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun.

2. Permohonan Pengeluaran Khas KWSP dibuka bermula 1 April sehingga 30 April 2022 ini dan permohonan adalah secara online sahaja.

3. Pembayaran pertama akan dibuat bermula 20 April 2022 ini.

4. Amaun pengeluaran minimum sebanyak RM 50 sehingga RM 10,000.

5. Pembayaran akan menggunakan baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, simpanan Akaun 1 turut boleh digunakan.

Buat masa sekarang, tiada lagi informasi sama ada Pengeluaran Khas ini bersifat sekali bayar atau secara bulanan seperti i-Citra lepas.

CARA PERMOHONAN

Permohonan Pengeluaran Khas ini hanya dibenarkan secara online sahaja melalui laman web rasmi KWSP. 

Tetapi buat masa kini, tiada panduan permohonan atau maklumat penuh mengenai permohonan Pengeluaran Khas yang akan dilaksanakan pada 1 April nanti.

PENGELUARAN KWSP RM 10,000 DILULUSKAN

RASMI : Perdana Menteri mengumumkan bahawa pengeluaran khas KWSP berjumlah RM 10,000 diluluskan.

Menurut beliau, ia merupakan perkara yang susah diluluskan kerana ia merupakan simpanan hari tua dan beharap menggunakan duit tersebut jika benar-benar perlu sahaja.

Bagaimanapun, maklumat lanjut akan diperincikan oleh KWSP dan Kementerian Kewangan.

MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG SUKAR

Ismail Sabri berjata, ini merupakan keputusan yang sukar yang terpaksa dibuat oleh kerajaan memandangkan KWSP melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Namun begitu, beliau menjelaskan kerajaan sedia maklum pengeluaran khas ini adalah antara jalan tengah dan mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

BERHARAP AGAR SEMUA PENCARUM MEMBUAT PENILAIAN

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri berharap agar semua pencarum dapat membuat penilaian dan mengekalkan simpanan mereka melainkan ia perlu sahaja.

“Walaupun kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan,” kata beliau dalam sidang khas.

KLIK DISINI UNTUK INFO BARU

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Bantuan Kredit E-Wallet RM100 Kini Boleh Ditebus
  • Semak Syarat Kelayakan Penerima Bantuan RM300 Sebulan
  • Kategori Yang Layak Memohon Bantuan RM500 Sebulan
  • Penebusan Kredit E- Wallet RM100 Bermula Disember Ini
  • Kategori B40 Yang Dinyatakan Akan Menerima Bantuan RM3700

Recent Comments

  1. Ashben on Bantuan Kecemasan RM 500
  2. prediksi togel macau on Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000 Hingga RM 30,000
  3. Ommd94c on Bantuan Kecemasan RM 500
  4. Nickben on Bantuan Kecemasan RM 500
  5. Paulben on Bantuan Kecemasan RM 500

Archives

  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • June 2020

Categories

  • Bantuan
  • Bantuan JKM
  • Bantuan Lain
  • BKM
  • btr
  • Informasi
  • Kerajaan
  • KWSP
  • STR
  • STR
  • Uncategorized
©2023 Bantuan Semasa | Design: Newspaperly WordPress Theme