e-Bantuan Dinaikkan Kepada RM 150 Seorang

 

Pada pembentangan Pelan PEMERKASA tempoh hari, Perdana Menteri telah mengumukan bahawa bantuan e-Wallet PEMERKASA sebanyak RM 100 akan ditambah kepada RM 150 seorang.

Penambahan berikut merupakan kali kedua dilakukan selepas penambahan RM 50 kepada RM 100 pada Januari lalu.

Bantuan ini akan melibatkan 1.5 juta belia seluruh negara. Inisiatif dengan peruntukan 75 juta ringgit ini adalah utnuk membantu kehidupan seharian para belia.

Pemberian RM 50 ke dalam akaun e-wallet belia ini adalah di dalam Strategi 4: Mengutama Agenda Keterangkuman, Langkah 6: Pembangunan Belia dan Sukan.


Syarat kelayakannya ialah :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga tidak lebih daripada 20 tahun. Umum kata, bantuan ini ialah uuntuk para pelajar.
  • Peljar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur.
  • Memiliki salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti Grabpay, Boost atau TNG e-wallet

Cara Membuat Permohonan

  • Tiada permohonan bersurat atau pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
  • Bantuan ini akan anda terima sekiranya anda memuat turun/download salah satu daripada tiga aplikasi di atas iaitu BOOST, GRAB atau TOUCH N GO
  • Setelah itu, anda perlu mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.
  • Mengisi segala butiran yang diperlukan.
Perhatian !
Bantuan ini hanya akan diperolehi sekiranya anda layak. Sekiranya anda layak, bantuan ini terus anda boleh tebus menggunakan verifikasi kad pengenalan. Tiada tarikh rasmi yang ditetapkan oleh pihak kerajaan buat setakat ini. Info berkaitan ini, kami akan sentiasa kemaskini dari masa ke masa.

Leave a Comment