Bantuan

Jadual Pembayaran Bulan Terakhir i-Lestari

 

Pembayaran i-Lestari akan melabuhkan tirai selepas bulan April 2021. Pembayaran berjumlah RM 500 setiap bulan selama setahun bermula pada Mei 2020 lepas telah banyak membantu rakyat untuk menghadapi pandemik Covid-19.

Pembayaran Terakhir i-Lestari Ialah Pada Bulan April

Umum tahu bahawa, i-Lestari merupakan pengeluaran yang dilakukan daripada Akaun 2 KWSP oleh para pencarum pada bulan Mei 2020 lalu. 

Kemudahan ini dilaksanakan untuk membantu rakyat akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung pandemik Covid-19.

Pembayaran terakhir akan dilaksanakan pada bulan April 2021 setelah pengeluaran selama setahun.

Tarikh Pembayaran Pada April 2021


Jika diikutkan jadual asal sebelum perubahan tarikh, pembayaran terakhir i-Sinar ialah pada bulan April bermula 1 – 12 April.

Kemaskini daripada KWSP turut menyatakan bahawa tarikh diatas merupakan tarikh terakhir pembayaran i-Lestari.

Anda boleh rujuk gambar di bawah yang menyatakan bahawa 1 April merupakan permulaan pembayaran pada bulan April.

Sumber : Facebook
Anda juga boleh menyemak tarikh pembayaran ke akaun anda melalui i-Akaun KWSP anda.


Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online
  1. Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php  
  2. Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
  3. Klik captcha “saya bukan robot” dan klik butang semak.


Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button