BantuanBantuan Lain

Cara Permohonan Bantuan EFS RM1,000

Pihak kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Wanita,  Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah melaksanakan satu inisiatif untuk membantu anak-anak Sarawak yang baru lahir dengan mewujudkan satu penubuhan yang dikenali sebagai Endowment Fund Sarawak (EFS).

Apa itu EFS

EFS adalah singkatan bagi Endowment Fund Sarawak yang merupakan salah satu inisiatif kerajaan Sarawak untuk membantu rakyat mereka dengan pemberian sebanyak RM1,000 dalam bentuk simpanan amanah kepada setiap kelahiran anak Sarawak bermula pada tahun 2019.

Untuk makluman, duit bantuan tersebut hanya boleh dikeluarkan semasa anak anda berumur 18 tahun dan boleh dikeluarkan di mana-mana cawangan bank islam berdekatan.

Syarat Permohonan

1) Warganegara Malaysia;

2) Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak;

3) Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa adalah pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’.

4) Tempoh permohonan adalah sehingga 1 tahun daripada tarikh kelahiran bayi.

Dokumen Sokongan

1) Salinan Kad Pengenalan Ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN atau Salinan cetakan biometrik ibu atau bapa berstatus ‘K’ yang telah disahkan oleh pegawai JPN.

2) Salinan Sijil Lahir Bayi yang telah disahkan oleh pegawai JPN

3) Borang EFS yang diisi lengkap

Muat turun borang permohonan EFS disini, Borang Permohonan EFS

Cara Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) di Negeri Sarawak dengan membawa dokumen sokongan yang dinyatakan diatas.
  • Bagi pemohon berada di luar Sarawak, permohonan boleh dibuat dengan mengeposkan semua dokumen seperti di atas ke alamat berikut:

Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak,
Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang,
Jalan Simpang Tiga
93551 Kuching,Sarawak
Tel: 082-242221/082-242223
(Permohonan Endowment Fund Sarawak)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button