Bantuan Lain

Cara Mohon Bantuan RM 600 Sebulan 2022

 

Sebuah bantuan kepada rakyat kembali dilaksanakan pada bulan Januari ini untuk meringankan beban rakyat yang tersepit akibat kemerosotan ekonomi yang terjadi.

Bantuan ini merupakan bantuan yang disambung semula yang berjumlah RM 600 sebulan yang boleh diterima sehingga 3 bulan.


PROGRAM SUBSIDI UPAH 5.0

Bantuan yang dimaksudkan di atas ialah Program Subsidi Upah 5.0 atau PSU 5.0. Sedia maklum, program ini sudah diperkenalkan sebanyak 5 edisi termasuk kali ini.

Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk membantu para syarikat atau majikan yang terkesan ekonominya supaya dapat meneruskan operasi syarikat tanpa membuang pekerja sedia ada.
Sebelum ini, PSU 4.0 bertumpu kepada hampir semua sektor yang terjejas. Tetapi untuk PSU 5.0, ia tertumpu hanya kepada 
  • sektor pelancongan
Dikatakan, sebanyak RM 600 juta peruntukan telah dilaksanakan untuk pelaksanaan program ini.


JUMLAH BANTUAN

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan untuk PSU adalah berjumlah
  • RM 600 setiap bulan untuk seorang pekerja 
  • Bantuan ini akan diterima selama 3 bulan
  • Jumlah keseluruhan bantuan selama 3 bulan ialah RM 1,800
Dikatakan bahawa bantuan ini akan memberi manfaat kepada hampir 26,000 majikan dan 330,000 pekerja yang layak.

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan tarikh bantuan untuk Program Subsidi Upah 5.0 bermula
  • 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022

SYARAT LAYAK

Berikut ialah syarat kelayakan yang diperlukan untuk permohonan PSU 5.0
  • Majikan dan Perusahaan daripada sektor pelancongan dan yang berkaitan dengannya
  • Kadar penurunan sebanyak tiga puluh peratus 30% atau lebih jumlah jualan atau pendapatan bulan Oktober / November / Disember 2021 berbanding mana-mana bulan pada tahun 2019 / 2020 / 2021
  • Hanya syarikat yang menjalankan aktiviti perhotelan, penerbangan, pengurup wang (money changer), pengangkutan dan penyimpanan, penginapan dan aktiviti makanan dan minuman, kesenian, hiburan dan rekreasi dan lain-lain perusahaan yang berkaitan 

CARA PERMOHONAN

Semua majikan yang layak dikehendaki mengemukakan permohonan baharu untuk SIP Program Subsidi Upah tanpa mengira sama ada pernah menerima bantuan tersebut sebelum ini.

Permohonan PSU boleh dibuat melalui portal berikut bersama beberapa jenis dokumen yang diperlukan https://psu.perkeso.gov.my/
 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut ialah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan PSU 5.0 
  • Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan sahaja)
  • Senarai nama pekerja 
  • Salinan pendaftaran SSM / ROS / PBT / ROB atau lain-lain pertubuhan yang dibenarkan
  • Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button