Berita baik kepada semua bakal penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dijangkakan bakal dikreditkan pada September ini. Bayaran ini meliputi kesemua penerima bermula daripada bujang, isi rumah, warga tua serta ibu dan bapa tunggal. Bersedia Untuk BKM Fasa 3 – Bantuan Tunai Sehingga RM 900!
Pada tulisan kali ini, kami akan berkongsikan beberapa maklumat penting berkaitan BKM Fasa 3 termasuklah tarikh dan jumlah bayaran yang diberikan pada September nanti.
SEMAKAN STATUS & TARIKH FASA BAYARAN BKM
Bayaran Fasa 1
- Bayaran telah dikreditkan pada 28 Mac 2022 lalu secara berperingkat dan penebusan tunai bermula 30 Mac
Bayaran Fasa 2
- Bayaran secara kredit dan penebusan tunai diberikan secara berperingkat mulai 27 Jun 2022 lepas, di mana penebusan boleh dilaksanakan di kesemua kaunter BSN di negara
Bayaran Fasa 3
- Bayaran bakal dikreditkan pada bulan September 2022 atau selewat-lewatnya pada penghujung bulan September. Tiada tarikh terkini diumumkan mengenai BKM Fasa 3
Bayaran Fasa 4
- Bakal dikreditkan pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Disember depan
KADAR BAYARAN BKM FASA 3
Berikut adalah kadar bayaran mengikut jenis kategori penerima :
1) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
- 0 anak – RM 200
- 1-2 anak – RM 300
- 3 dan lebih anak – RM 400
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
- 0-3 anak dan ke atas – Kesemua RM 100
2) Kategori Isi Rumah – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
- 0 anak – RM 500
- 1-2 anak – RM 600
- 3 dan lebih anak – RM 700
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,000
- 0-3 anak dan ke atas – Kesemua terima RM 400
3) Kategori Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak – Tiada had umur
a) Pendapatan RM 0 – RM 2,500
- 1-2 anak – RM 800
- 3 anak dan lebih – RM 900
b) Pendapatan RM 2,501 – RM 5,00
- 1-3 anak dan lebih – Kesemua terima RM 600
4) Kategori Bujang dan IBT tiada anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- RM 150
5) Bujang dan IBT tiada anak – pemohon 60 tahun dan ke atas
- RM 150
CARA SEMAKAN STATUS BKM FASA 3
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status :
- Log masuk ke portal rasmi https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik Semakan Status
- Paparan kelayakan akan ditunjukkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan atau apa-apa maklumat lain yang diperluakan anda boleh layari portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/