Bantuan

Bantuan Tambahan Khas RM 200 Diberikan Dalam Tahun Ini

Sebuah bantuan khas tambahan yang akan diberikan dalam tahun ini berjumlah RM 200.

PEMBERIAN TAHUN 2023

Pelbagai jenis bantuan akan disalurkan pada tahun ini. Salah satunya adalah bantuan khas untuk bujang B40 dan M40 atau dikenali sebagai e-Pemula RM 200.

BANTUAN E-PEMULA

Merupakan sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara kredit sahaja dan tidak boleh ditukar kepada wang ringgit. Pelaksanaan bantuan ini bukanlah satu benda yang asing kerana ia telah diberikan sejak 2021.

Objektif utama bantuan ini adalah untuk mendorong rakyat untuk melakukan pembelian secara kredit kerana ia lebih mudah dan selamat.

CARA UNTUK TERIMA BANTUAN

Anda perlu memuat turun satu daripada empat aplikasi di bawah iaitu

  1. BigPay
  2. ShopeePay
  3. Touch N Go E-Wallet
  4. GrabPay

Sahkan butiran anda dengan verifikasi Kad Pengenalan pada salah satu aplikasi di atas.

SYARAT KELAYAKAN

Ini adalah syarat kelayakan yang ditetapkan setakat ini

KATEGORI 1

  • Diberikan kepada golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Juga diberikan kepada mana-mana pelajar warganegara Malaysia yang menyambung pelajaran di mana-mana institusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

KATEGORI 2

  • Diberikan kepada belia M40 dengan jumlah kurang daripada RM 100,000 setahun

JUMLAH BAYARAN

Bermula tahun ini, jumlah amaun bantuan telah ditambah dan akan diberikan RM 200. Oleh itu, bantuan RM 200 akan diberikan kepada golongan Kategori 1 di atas.

Manakala kategori 2 iaitu belia M40 turut diberikan RM 100 setiap orang yang layak.

JADUAL BAYARAN

Setakat ini, pihak kerajaan belum umumkan apa-apa lagi mengenai e-Pemula 2023 dan ia cuma dibentangkan pada Bajet 2023.

Sebarang maklumat tambahan akan kami kemas kini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button