Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ditubuhkan adalah untuk menjaga kebajikan masyarakat berlandaskan 5 aspek utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.
Melalui JKM, pelbagai jenis bantuan telah diagihkan kepada masyarakat yang memerlukan termasuklah dari kanak-kanak sehingga orang tua.
Untuk pengetahuan anda, terdapat juga bantuan kewangan lain yang bernilai RM 200 sebulan yang JKM beri kepada masyarakat yang layak. Sekiranya anda berminat untuk ketahui, sila baca artikel ini sehingga habis.
JENIS BANTUAN
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan sebuah bantuan dalam latihan perantis yang ditawarkan.
Perkara ini utnuk memberi peluang atau kemudahan kepada kanak-kanak untuk menerima bantuan JKM.
Bakal penerima bantuan akan diberi pilihan sama ada ingin dapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil belajar.
JUMLAH BANTUAN
Berikut ialah jumlah bantuan yang akan diberikan kepada masyarakat yang layak :
Jumlah bantuan yang akan diberikan kepada yang layak berjumlah
- RM 200 SEBULAN
- Bersamaan RM 2,400 untuk SETAHUN
- Pembayaran akan diberikan setiap bulan berjumlah RM 200
KATEGORI YANG LAYAK
Pemberian bantuan ini adalah untuk membantu serta meringankan beban kehidupan seharian bagi golongan
- Kategori B40 sahaja
yang mana kebanyakan daripada mereka terjejas sumber pendapatan akibat penutupan sektor ekonomi dan pandemik yang melanda negara sejak 2 tahun lalu.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk permohonan bantuan ini :
- Warganegara Malaysia
- Anak-anak yang menerima bantuan daripada institusi kebajikan
- Bekas pelatih perintah khidmat negara atau
- Mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
CARA DAN DOKUMEN PERMOHONAN
Pemohon harus menyediakan beberapa jenis dokumen terlebih dahulu untuk dibawa
- Salinan Kad Pengenalan Pemohonan
- Salinan Kad Pengenalan / Sijil Lahir Suami / Isteri / Anak
- Salinan Penyata Gaji
- Mana-mana dokumen yang layak untuk di bawah
Setelah sudah sediakan dokumen-dokumen di atas, anda hanya perlu muat turun dan isi borang di bawah sebelum hantar ke mana-mana pejabat JKM berhampir dengan kawasan anda.