BantuanSTR

STR 2024 : Permohonan Baharu Dan Jumlah Bantuan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Permohonan Baharu Dan Kemaskini STR 2024

Proses kemaskini maklumat dan permohonan baharu telah dibuka bermula 1 November yang lalu. Tujuan kemaskini adalah untuk perubahan status perkahwinan, bilangan anak, penukaran nombor akaun bank dan lain-lain lagi.

Bagi permohonan baharu pula, ini adalah untuk mereka yang belum pernah memohon dan menerima bantuan STR pada sebelum ini.

Kategori Yang Layak Memohon

kategori yang layak memohon adalah seperti berikut :

  • Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
  • Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )

Jumlah Bantuan Sehingga RM3700

Peruntukan bantuan STR 2024 meningkat sebanyak 2 billion ringgit daripada 8 billion ringgit kepada 10 billion ringit Malaysia.

Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula pada tahun 2024.

Oleh itu, tidak semua kategori akan menerima jumlah yang sama dan akan menerima jumlah bantuan mengikut kategori masing – masing.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melakukan proses kemaskini maklumat atau membuat permohonan baharu di laman rasmi STR berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button