Bantuan

Bantuan e-Wallet RM300 B40 Untuk Beli Barang Dapur

Pelbagai jenis bantuan yang disalurkan kepada rakyat yang layak. Salah satunya adalah bantuan berkeperluan seperti barangan asas dan lain-lain.

Terdapat sebuah bantuan e-Wallet berjumlah RM 300 sebulan yang diberikan untuk rakyat yang layak

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA

Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) atau lebih dikenali sebagai bantuan barang dapur telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor dan pelaksanaan bermula pada tahun 2022.

Bantuan ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor untuk membantu ketua keluarga dengan pemberian bantuan bulanan RM 300.

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN

Bantuan Kehidupan Sejahtera ini dilancarkan untuk mengiktraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

BAYARAN BANTUAN

Bantuan barang dapur ini diberikan setiap bulan bernilai RM 300 bersamaan RM 3,600 bagi tempoh setahun bagi keluarga yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemilih berdaftar di Malaysia
  3. Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  4. Mempunyai tanggungan yang berusia 18 tahun dan ke bawah
  5. Pendapatan bulanan RM 0 hingga RM 3,000 sahaja

CARA PERMOHONAN BANTUAN

Permohonan bantuan BINGKAS ini boleh dibuat secara rasmi melalui pautan rasmi BINGKAS yang disertakan di bawah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button