Bantuan E-Tunai RM200 Kepada Rakyat Kembali Diteruskan

Bajet 2023 atau Belanjawan 2023 akan dibentangkan semula di Dewan Rakyat bermula pada 24 Februari 2023 (Jumaat).

Antara intipati dalam pembentangan tersebut, salah satunya adalah bantuan E-Tunai Rahmah berjumlah RM200 kepada belia diteruskan.

Kredit E-Tunai Rahmah

Bantuan E-Tunai Rahmah ini adalah terbaru kepada rakyat Malaysia, bagi membantu meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakin teruk ketika ini.

Menerusi bajet 2023 yang baru sahaja dibentangkan, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana untuk membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan e-wallet sebanyak RM 200. Bantuan ini diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.

Melalui inisiatif ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM400 juta yang memanfaatkan lebih 2 juta belia.

Cara Penebusan Kredit E-Tunai Rahmah

Penebusan boleh dilakukan melalui aplikasi E-tunai seperti yang dinyatakan dibawah :

  1. BigPay
  2. ShopeePay
  3. Touch N Go E-Wallet
  4. GrabPay

Syarat Kelayakan

Penerima bantuan mestilah

  1. Pelajar warganegara Malaysia yang menyambung pelajaran di mana-mana institusi Pengajian Tinggi (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
  2. Golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun.

Jumlah Bantuan

Bantuan E-Tunai ini telah dinaikkan kepada RM200 yang mana sebelumnya hanya diberikan sebanyak RM150.

Permohonan

Kerajaan akan mengumumkan mengenai permohonan bantuan ini dari masa ke semasa.

Leave a Comment