BantuanKerajaanSTRSTR

Sumbangan Tunai Berjumlah Sehingga RM3,100 Untuk Rakyat

Sumbangan tunai ini adalah untuk golongan B40 melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana telah dilakukan pembaharuan menerusi Belanjawan 2023.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Seperti yang sedia maklum, STR fasa 1 telahpun disalurkan kepada rakyat sebelum ini dan menurut kenyataan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, STR ini akan membantu golongan B40 yang melibatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Kenyataan Perdana Menteri

Lantaran, beliau menyatakan bahawa kerajaan juga membuat pembaharuan terhadap Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan menyediakan sumbangan sebanyak RM2,500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Bukan itu sahaja, menurut beliau kerajaan juga akan menyediakan dan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih yang mana sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka layak menerimanya.

Tambah beliau, kerajaan juga akan memberikan kredit E-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 kepada belia berusia 18-20 tahun dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Pembaharuan Yang Dilaksanakan

Berikut adalah ringkasan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat :

  • Sumbangan sebanyak RM2,500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
  • Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.

Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

  • Sumbangan kredit E-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 kepada belia berusia 18-20 tahun.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat atau informasi terbaru akan kami kemas kini dari masa ke semasa.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button