Bantuan Berjumlah RM1,000 Bagi Golongan B40

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan untuk membantu rakyat dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka. Antara yang tertera disini adalah bantuan berjumlah RM1,000 yang akan diberikan kepada isi rumah B40 mengikut kelayakan.

Bantuan RM1,000 Untuk Golongan B40

Golongan B40 merupakan yang sentiasa diberi tumpuan oleh kerajaan untuk disalurkan bantuan kepada mereka. hal ini diharapkan dapat membantu mereka menjalani kehidupan sehari – hari terutamanya dari segi kewangan mereka.

oleh yang demikian, bantuan ini akan disalurkan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan diberikan secara berfasa dan jumlahg bantuan adalah mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Bantuan STR ini diberikan berjumlah minimum sebanyak RM1,000 sehingga maksimum RM2,500 setahun kepada isi rumah B40 melalui 4 fasa.

Jumlah Dan Kategori Penerima Isi Rumah B40

Tiada had umur dan berpendapatan RM2,500 ke bawah

  • Tiada anak – RM1,000
  • 1-2 anak – RM1,500
  • 3-4 anak – RM2,000
  • 5 anak ke atas – RM2,500

Pembaharuan STR

  • Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.
  • Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

Permohonan Dibuka

Untuk pengetahuan anda, permohonan baharu telahpun dibuka dan tempoh bagi Permohonan Baharu adalah dari 1 Mac 2023 – 31 Mac 2023.

Oleh itu, bagi anda yang layak tetapi belum memohon anda boleh membuat permohonan sementara tempoh permohonan masih dibuka.

Anda boleh membuat permohonan di sini – https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment