Bantuan

Bantuan : Bayaran one-off RM 3,000 kepada yang layak

 


Kementerian ini (MOTAC) telah melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh Syarikat Pengendali Pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian yang terkesan dengan wabak Coivd-19.

JUMLAH BANTUAN

Penerima insentif berkenaan akan menerima bantuan kewangan 
  •  berjumlah RM 3,000 yang akan dibayar secara one-off kepada Syarikat Pengendalian Pelancongan yang layak.
TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman pembaca, tarikh tutup permohonan telah ditetapkan pada 31 Ogos 2021.
  • Sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan
  • Manakala tempoh masa yang diambil bagi proses pelaksanaan penyaluran bantuan kewangan ini adalah bergantung kepada kesempurnaan maklumat dan data yang diperolehi daripada Syarikat MM2H
SYARAT KELAYAKAN PEMOHON


Berikut merupakan syarat kelayakan ditetapkan oleh MOTAC 

1. Hanya syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (inbound) di bawah MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan ini.

2. Hanya pemegang lesen yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC semasa permohonan dibuat layak menerima bantuan kewangan ini.

3. Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku pada/selepas 1 Januari 2020 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen beserta dengan bayaran fi proses sebelum/pada 15 Ogos 2021 berdasarkan Garis Panduan Pembaharuan Lesen sedia ada layak menerima bantuan kewangan ini.

4. Lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku sebelum/pada 31 Disember 2019 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan  lesen dalam tempoh pelaksanaan PEMERKASA 2021 (16 Mac 2021 sehingga 15 Ogos 2021) tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan kewangan ini. 



CARA PERMOHONAN 

Permohonan boleh dilakukan secara online melalui pautan yang diberikan oleh MOTAC.


2. Sila baca satu persatu peringatan yang dikeluarkan oleh MOTAC

3. Sila pilih negeri lokas indu (HQ) syarikat

4. Setelah anda memilih negeri, anda akan di bawah masuk ke ‘BORANG PEMERKASA MM2H – NEGERI’

5. Sila isi butiran yang diperlukan dan muat naik fail jika perlu.

6. Pastikan anda mengisi butiran tersebut adalah sahih dan telus.

7. Setelah selesai mengisi, tekan ‘SERAH’

8. Selesai

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button