BantuanSTR

Terkini STR Fasa 4 : Jumlah Bayaran Mengikut Kategori Dan Tarikh Rasmi Bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Oleh itu, disini akan dijelaskan berkaitan tarikh rasmi dan jumlah bayaran STR fasa 4.

Sumbangan Tunai Rahmah STR

Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai penjenamaan semula skim Bantuan Keluarga Malaysia.

STR yang diperkenalkan ini akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima B40 yang terdiri dari golongan warga emas, isi rumah dan golongan bujang. Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa dan kini telah mencapai Fasa ke-4.

Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

  1. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)
    • RM200 – RM1200 Mengikut Bilangan Tanggungan
  2. KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)
    • RM300 – RM500 Mengikut Bilangan Tanggungan
  3. WARGA EMAS SEBATANG KARA
    • RM200

Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4

Untuk pengetahuan anda, telah dimaklumkan bahawa bayaran bagi STR fasa 4 akan disalurkan pada bulan November 2023 dan sekiranya ada perunahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan atau anda ingin membuat semakan STR, anda boleh melayari langsung laman web rasmi berikut,

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button