Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.
Sama seperti bayaran STR sebelum ini dilakukan secara berfasa dari fasa 1 hingga fasa 4.
Kategori Penerima STR 2024
- Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
- Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
- Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
- Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )
Jumlah Keseluruhan Bayaran Mengikut Kategori
- ISI RUMAH : Pendapatan Kurang Dari RM2500
- 5 Anak Keatas – RM2500
- 3 – 4 Anak – RM2000
- 1 – 2 Anak – RM 1500
- Tiada Anak – RM1000
2. ISI RUMAH : Pendapatan RM2501 – RM5000
- 5 Anak Keatas – RM1250
- 3 – 4 Anak – RM1000
- 1 – 2 Anak – RM750
- Tiada Anak – RM500
3. WARGA EMAS SEBATANG KARA : Pendapatan Kurang Dari RM5000
- RM600
4. BUJANG & BUJANG OKU : Pendapatan Kurang Dari RM2500
- RM350
Bayaran Fasa 2 Disalurkan Bermula Minggu Ini
seperti yang sedia maklum, bayaran fasa 1 telahpun selesai disalurkan pada bulan Januari lepas.
Manakala, Kementerian Kewangan akan mula menyalurkan bayaran STR fasa 2 bermula hari esok 3 April 2024 sehingga selesai kepada semua penerima berdaftar.