Tarikh Bayaran Bantuan Khas RM 1,000 Bulan Februari

Pelbagai jenis bantuan bakal dikreditkan pada bulan ini. Ini adalah tarikh bayaran bantuan khas RM 1,000 pada bulan Februari.

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)

Bantuan Khas ini di bawah seliaan agensi kerajaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). JKM ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian.

Terdapat 9 jenis bantuan bulanan JKM diberikan setiap bulan bagi rakyat yang layak terimanya. Bantuan khas ini berjumlah di antara RM 150 hingga RM 1,000. Berikut adalah senarai bantuan khas bulan Februari JKM.

BANTUAN KANAK-KANAK

Untuk membantu keluarga/penjaga anak-anak untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Bayaran RM 150 seorang bagi anak berumur 7 hingga 18 tahun. Manakala, RM 200 seorang untuk yang berumur 6 tahun dan ke bawah. Kadar bantuan maksimum bagi setiap keluarga adalah RM 1,000.

BANTUAN WARGA EMAS

Diberikan kepada warga emas (60 tahun ke atas) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Bantuan bulanan telah dinaikkan kepada RM 500 seorang bagi yang layak.

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS

Sebelum kita pergi kepada bantuan seterusnya, tarikh bayaran bagi bantuan khas hingga RM 1,000 bermula pada 1 – 10 Februari 2023. Pembayaran automatik untuk penerima sedia ada.

BANTUAN ANAK PELIHARA

Bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

RM 250 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Maksimum RM 500 sebulan sekluarga yang memelihara 2 orang atau lebih kanak-kanak.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Diberikan kepada individu/keluarga yang kurang berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Bantuan RM 100 hingga RM 300 sebulan bagi yang layak.

Bantuan Bulanan JKM yang lain :

  1. Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya
  2. Bantuan Am Negeri
  3. Bantuan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar
  4. Bantuan Latihan Perantis

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan khas kewangan boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat/Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.

Untuk memudahkan pengurusan turut jangan lupa salinan dokumen-dokumen penting yang berkaitan seperti kad pengenalan pemohon, ahli keluarga yang tinggal bersama salinan penyata gaji dan lain-lain.

2 thoughts on “Tarikh Bayaran Bantuan Khas RM 1,000 Bulan Februari”

  1. adakah pekerja OKU yang masuk bantuan setiap bulan pun dapat bantuan RM1000 ini ? mohon penjelasan , Terima Kasih

    Reply

Leave a Comment