STR Fasa 4 : Senarai Kategori Yang Akan Menerima Bantuan Pada November Ini

Bantuan yang dinyatakan ini adalah dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 yang mana disalurkan secara berfasa dan kini telah mencapai Fasa ke – 4 yang akan disalurkan pada bulan november ini. Bantuan ini akan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

Sumbangan Tunai Rahmah STR

Perdana Menteri Malaysia ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai penjenamaan semula skim Bantuan Keluarga Malaysia. STR yang diperkenalkan ini akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima B40 yang terdiri dari golongan warga emas, isi rumah dan golongan bujang.

Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa dan kini telah mencapai Fasa ke-4. Jadi, disini akan dijelaskan berkaitan senarai kategori yang akan menerima bantuan STR Fasa 4 pada November 2023 ini.

Kategori Penerima STR Fasa 4

  • ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR )
  • WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )

Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Kategori Isi Rumah B40 Tiada Had Umur ( Pendapatan RM2500 Ke Bawah )

  • Tiada Anak – RM200
  • 1-2 Anak – RM600
  • 3-4 Anak – RM900
  • 5 Anak Keatas – RM1200

Kategori Isi Rumah Tiada Had Umur ( Pendapatan RM2501 – RM5000 )

  • 3-4 anak – RM300
  • 5 Anak Ke atas – RM500

Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas )

  • RM200

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Untuk pengetahuan anda, telah dimaklumkan bahawa bayaran bagi STR fasa 4 akan disalurkan pada bulan November 2023 dan sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Leave a Comment