STR 2025 Fasa 2 : Tarikh Dan Semakan Bayaran Penerima

STR 2025 Fasa 2 dan Setiap fasa, bilangan penerima akan bertambah dari semasa ke semasa kerana Kerajaan membuka pendekatan permohonan dan rayuan untuk sepanjang tahun supaya rakyat yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) yang memenuhi kelayakan berpeluang untuk memohon  Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bilakah tarikh dan semakan bayaran str 2025 fasa 2 dan bagaimanakah semak status kelayakan penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

CARA SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 2

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada penerima seperti berikut :

Penerima Ada Akaun Bank :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR).

Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’ :

  • Diberikan secara tunai di mana-mana kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
STR 2025 Fasa 2

TARIKH & SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 2

Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri dalam Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri, di mana Kementerian Kewangan juga telah mengeluarkan kenyataan media rasmi.

Sebelum ini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

SEMAKAN JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2025 seperti yang berikut:

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan RM0 – RM2500

  • 0 anak : RM150
  • 1-2 anak : RM300
  • 3-4 anak : RM500
  • 5 anak / lebih : RM650

Pendapatan RM2501 – RM5000

  • 0 anak : RM100
  • 1-2 anak : RM200
  • 3-4 anak : RM250
  • 5 anak / lebih : RM300

KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN (Umur 60 tahun dan ke atas)

  • Pendapatan RM0 – RM5000 : RM150

KATEGORI BUJANG (Umur 21 hingga 59 tahun) & OKU (Umur 19 hingga 59 tahun)

  • Pendapatan RM0 – RM2500 : RM100

*Sila rujuk jadual terperinci dalam lampiran soalan lazim yang telah dikemaskini di bawah:

Jumlah Bayaran STR 2025 Fasa 2 di sini.

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2025 seperti berikut:

KAEDAH PEMBAYARAN STR

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Semak Jumlah Bayaran STR 2025 Fasa 2 di sini.

CARA SEMAKAN STATUS STR FASA 2

Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
  5. Nama pemohon
  6. No Mykad pemohon
  7. Status permohonan
  8. Maklumat pembayaran Fasa 2 (jika layak)
  9. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
  10. Masukkan kata laluan

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

STR 2025 Fasa 2

Semak Jumlah Bayaran  STR 2025 Fasa 2 di sini.

Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang MAKLUMAT BAYARAN.

Anda akan mendapati paparan seperti berikut:

STR 2025 Fasa 2

Jumlah Bayaran STR 2025 Fasa 2 di sini.

Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, bermakna bantuan tunai tersebut dalam proses untuk dikreditkan ke dalam akaun anda.

LUPA KATA LALUAN STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

  • Layari laman web STR di pautan
  • Klik “Terlupa Kata Laluan“
  • Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  • Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  • Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  • Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  • Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  • Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi dan semakan mengenai program STR.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

SOALAN LAZIM (FAQ)

SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR 2025 pada November 2024 bagi kategori Bujang dan permohonan tersebut telah Lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

JAWAPAN : Amaun bayaran yang akan diterima adalah mengikut amaun bagi setiap fasa permohonan. Jika Permohonan STR Lulus pada permohonan fasa 1 maka anda akan menerima bayaran STR fasa 1 dan diikuti dengan bayaran bagi fasa seterusnya. Rujuk Jawapan bagi Soalan 3 (c)

SOALAN : Saya telah membuat permohonan Baharu STR kategori Bujang pada Mac 2025 dan permohonan tersebut telah lulus. Berapakah amaun bayaran yang akan diterima?

JAWAPAN : Kelayakan STR 2025 tidak akan mengambil kira bayaran sebelum permohonan diluluskan. Anda akan menerima amaun bayaran bermula daripada fasa 3 dan fasa 4 sahaja.

SOALAN : Saya telah Lulus Permohonan STR 2025 bagi kategori bujang dan telah berkahwin pada April 2025. Saya telah membuat rayuan tambahan pada bulan Mei 2025 dan diluluskan dengan kategori Isi Rumah mulai bayaran fasa 3. Berapakah amaun yang akan saya terima untuk fasa seterusnya? (bujang – kahwin)
Amaun yang akan diterima berubah mengikut kategori Isi Rumah. Perubahan amaun ini akan berlaku untuk fasa 3 dan fasa 4 sahaja. Jadual pembayaran adalah seperti berikut:

  • FASA 1 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 1 kategori Bujang)
  • FASA 2 : RM100 (berdasarkan kadar bayaran fasa 2 kategori Bujang
  • FASA 3 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 3 kategori Isi Rumah)
  • FASA 4 : Amaun bayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa (berdasarkan kadar bayaran fasa 4 kategori Isi Rumah)

Leave a Comment