STR 2024 : Semak Kategori Penerima Dan Jumlah Bayaran

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Sama seperti bayaran STR sebelum ini dilakukan secara berfasa dari fasa 1 hingga fasa 4.

Permohonan Baharu Dan Kemaskini STR

Untuk makluman, Proses kemaskini maklumat dan permohonan baharu kini dibuka bermula 1 November yang lalu. Tujuan kemaskini adalah untuk perubahan status perkahwinan, bilangan anak, penukaran nombor akaun bank dan lain-lain lagi.

Manakala, untuk permohonan baharu pula adalah untuk mereka yang belum pernah memohon dan menerima bantuan STR pada sebelum ini.

Kategori Penerima STR 2024

kategori yang layak menerima STR 2024 adalah seperti berikut :

  • Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
  • Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )

Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Berikut adalah kadar bayaran bantuan STR 2024 mengikut kategori :

  1. ISI RUMAH : Pendapatan Kurang Dari RM2500
  • 5 Anak Keatas – RM2500
  • 3 – 4 Anak – RM2000
  • 1 – 2 Anak – RM 1500
  • Tiada Anak – RM1000

2. ISI RUMAH : Pendapatan RM2501 – RM5000

  • 5 Anak Keatas – RM1250
  • 3 – 4 Anak – RM1000
  • 1 – 2 Anak – RM750
  • Tiada Anak – RM500

3. WARGA EMAS SEBATANG KARA : Pendapatan Kurang Dari RM5000

  • RM600

4. BUJANG & BUJANG OKU : Pendapatan Kurang Dari RM2500

  • RM350

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi STR berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment