BantuanSTR

Semak Kategori Penerima Bantuan RM2500 Tahun Hadapan

Bantuan yang dinyatakan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Sama seperti bayaran STR sebelum ini dilakukan secara berfasa dari fasa 1 hingga fasa 4.

Kategori Penerima STR

kategori yang layak menerima STR 2024 adalah seperti berikut :

  • Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
  • Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )

Kategori Penerima Bantuan RM2500 STR

Kategori yang dinyatakan akan menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM2500 pada tahun hadapan.

KATEGORI ISI RUMAH : Pendapatan Kurang Dari RM2500

  • Mempunyai tanggungan 5 anak dan keatas – RM2500

Jumlah Bayaran Mengikut Kategori

Berikut adalah kadar bayaran bantuan STR 2024 mengikut kategori :

  1. ISI RUMAH : Pendapatan Kurang Dari RM2500
  • 5 Anak Keatas – RM2500
  • 3 – 4 Anak – RM2000
  • 1 – 2 Anak – RM 1500
  • Tiada Anak – RM1000

2. ISI RUMAH : Pendapatan RM2501 – RM5000

  • 5 Anak Keatas – RM1250
  • 3 – 4 Anak – RM1000
  • 1 – 2 Anak – RM750
  • Tiada Anak – RM500

3. WARGA EMAS SEBATANG KARA : Pendapatan Kurang Dari RM5000

  • RM600

4. BUJANG & BUJANG OKU : Pendapatan Kurang Dari RM2500

  • RM350

Tarikh Bayaran STR 2024

Tarikh bayaran bagi 4 fasa STR 2024 adalah seperti berikut :

  • FASA 1 : FEBRUARI 2024
  • FASA 2 : APRIL 2024
  • FASA 3 : OGOS 2024
  • FASA 4 : NOVEMBER 2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman rasmi STR berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button