Rakyat Rayu Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP Secara Bersasar

Kerajaan terus dirayu untuk melihat semula permohonan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar bagi mereka yang masih mempunyai simpanan.

Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIR) Azmi Mohd Tahir berkata, ia bagi kumpulan itu berharapan kesukaran ketika ini dengan pengeluaran wang sendiri.

Menurutnya, ia sekali gus membantu kerajaan yang tidak perlu memperuntukkan wang kerajaan yang untuk membantu rakyat.

“Pada pandangan saya, bagi rakyat yang tidak mempunyai caruman dan caruman simpanan kerajaan yang sedikit, mereka harus dibantu kerajaan dengan alternatif lain bagi meringankan beban kos sara hidup.

“Tetapi bagi rakyat yang mempunyai simpanan KWSP, mereka perlu dibenarkan mengeluarkan wang mereka secara bersasar bagi meringankan beban kos sara hidup, menyelesaikan bebanan hutang tertunggak dan survival hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru katanya, kerajaan juga tidak perlu memperuntukkan wang yang banyak untuk membantu rakyat sekali gus boleh memberi tumpua kepada rakyat yang tidak mempunyai simpanan KWSP dalam meringankan beban dan tekanan hidup mereka.

“Saya menyambut baik keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memikirkan nasi dan masa depan rakyat tetapi dalam keadaan sekarang di mana keadaan ekonomi dunia tidak menentu maka rakyat sudah tidak berdaya untuk meneruskan kehidupan disebabkan kos sara hidup yang tinggi.

“Ada yang terikat dengan hutang yang tertunggak kerana pendapatan yang tidak seimbang serta kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil kerana faktor usia dan kesihatan yang tidak mengizinkan,” katanya.

Justeru kata beliau merayu kepada Perdana Menteri supaya dapat meluluskan permintaan itu bagi kelangsungan hidup rakyat yang didakwanya sangat tertekan ketika ini.

Sumber : Harian Metro

6 thoughts on “Rakyat Rayu Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP Secara Bersasar”

  1. Rayuan saya ialah tanpa syarat untuk keluarkan kwsp duit sendiri cover bayaran hutang yang tertunggak bank , sebab saya dah kena dibuang kerja syarikat kami dah bankrap sampai sekarang tak dapat cari kerja sebab semua kilang tengok umur dah masuk 45 sudah direject dulu mereka cari orang yang muda

    Reply
  2. Pengeluaran khas KWSP 1.0 terdahulu gagal mencapai matlamat rakyat kerana pengeluaran dibenarkan ketika menjelang Aidilfitri. Banyak wang terpesong habis ke arah pembaziran hariraya. Pengeluaran Khas KWSP bersasar 2.0 elok dibuat sebelum masuk Ramadhan iaitu Februari 2023 kerana rakyat yang terlibat akan selesaikan masalah tunggakan hutang dahulu sebelum terpikir pasal Aidilfitri.

    Reply
  3. Sy seblum ni sewa rmh tp bila covid mlanda kerja x ada rsa beban kerana sewa, masa pengeluaran khas sblm ini sy dah keluarkan kwsp utk bina rmh sdri tp masih blom siap sepenuhnya dan berharap kali ini kerajaan blh meluluskan spy sy blh siapkan rmh dan bebas dr bebanan sewa rumah… Tq

    Reply

Leave a Comment