Permohonan Baharu STR 2025: Bantuan Tunai RM600 hingga RM2,500 untuk Mereka yang Layak
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 merupakan inisiatif bantuan kewangan tahunan daripada Kerajaan Malaysia di bawah kerangka Ekonomi MADANI. Program ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya golongan B40 dan M40.
( STR 2025 ) 2025 Gantikan Bantuan Tunai Sebelumnya
STR 2025 menggantikan bantuan tunai terdahulu seperti:
- Bantuan Sara Hidup (BSH)
- Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
- Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Bantuan STR 2025 diagihkan mengikut 4 fasa pembayaran bermula dari 22 Januari 2025.
Jumlah Bantuan STR 2025
Kadar bantuan kewangan STR 2025 adalah berdasarkan pendapatan isi rumah dan bilangan anak tanggungan. Berikut adalah jadual pembayaran:
Pendapatan Isi Rumah | ≥5 Anak | 3–4 Anak | 1–2 Anak | Tiada Anak |
---|---|---|---|---|
≤ RM2,500 | RM2,500 | RM2,000 | RM1,500 | RM1,000 |
RM2,501 – RM5,000 | RM1,250 | RM1,000 | RM750 | RM500 |
Kategori Lain:
- Warga Emas Tiada Pasangan (≤RM5,000): RM600
- Bujang (≤RM2,500): RM600
Kelayakan STR 2025
Permohonan STR 2025 terbuka kepada pelbagai kategori rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan berikut:
1. Isi Rumah
- Berkahwin / Ibu atau bapa tunggal dengan anak
- Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah
2. Warga Emas Tiada Pasangan
- Umur 60 tahun ke atas
- Tiada pasangan atau anak yang layak
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000
3. Bujang
- Umur 21–59 tahun (OKU: 19 tahun ke atas)
- Tidak belajar sepenuh masa
- Pendapatan RM2,500 ke bawah
Nota: Pelajar sepenuh masa tidak layak memohon secara individu, tetapi boleh dimasukkan sebagai tanggungan dalam permohonan isi rumah.
Permohonan Baharu STR 2025 & Kemas Kini Maklumat
Permohonan baharu STR 2025 dan kemas kini maklumat boleh dilakukan sepanjang tahun melalui dua kaedah:
Secara Dalam Talian:
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
Secara Luar Talian:
- Isi borang permohonan/kemas kini yang boleh dimuat turun dari laman rasmi
- Serahkan ke pejabat LHDNM, UTC atau Pejabat Satelit
Tarikh Bayaran STR 2025 Mengikut Fasa
Bil. | Fasa | Tarikh Pembayaran | Kaedah Pembayaran |
---|---|---|---|
1 | Fasa 1 | 22 – 28 Januari 2025 | Kredit akaun / Tunai di BSN |
2 | Fasa 2 | Bermula 24 Mac 2025 | Kredit akaun / Tunai di BSN |
3 | Fasa 3 | Akan dimaklumkan | Dikemaskini kemudian |
4 | Fasa 4 | Akan dimaklumkan | Dikemaskini kemudian |
Peringatan: Sekiranya anda tidak mengemas kini permohonan STR selama 3 tahun berturut-turut, anda wajib kemas kini maklumat bagi melayakkan STR 2025.
STR 2025: Tambahan Bantuan SARA
Selain bantuan tunai, STR 2025 juga memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – bantuan bulanan bukan tunai yang disalurkan melalui MyKad kepada penerima yang layak. Bantuan ini menyasarkan:
- Golongan miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih
- Penerima STR dalam kategori Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan
- Pemohon: Sijil nikah/kematian/perceraian (jika berkaitan)
- Pasangan: Salinan MyKad / MyPR / MyKAS
- Anak: Salinan MyKid / MyKad dan sijil lahir / pengangkatan
Maklumat Lanjut & Semakan Status STR 2025
Untuk info lengkap dan semakan status permohonan:
- Laman Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Semakan: MySTR 2025
- Kategori bantuan: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Jangan lepaskan peluang! Jika anda memenuhi syarat kelayakan, buat permohonan baharu STR 2025 atau kemas kini maklumat segera. Bantuan ini dapat membantu mengurangkan tekanan kewangan anda dan keluarga.