Sebuah inisiatif program telah dikendalikan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan membantu mereka yang tiada kediaman atau tempat berteduh akibat pandemik Covid-19.
Sudah tentu, pemberian inisiatif ini untuk meringankan beban Keluarga Malaysia.
RUMAH IKRAM
Program tersebut dikenali sebagai Program Rumah Keluarga Malaysia atau dipanggil sebagai Rumah IKRAM KPKT.
CIRI-CIRI RUMAH PPR
Berikut adalah ciri-ciri rumah PPR IKRAM tersebut
1. Rumah yang terletak di kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres manakala rumah yang terletak di kawasan bandar, jenis rumah adalah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
2. Keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
3. Struktur binaan rumah adalah terdiri daripada 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air.
4. Pelbagai kemudahana asas disediakan termasuk
- Dewan komuniti
- Ruang solat atau surau
- Gerai makan dan ruang berniaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman permainan atau kawasan lapang
- Rumah sampah
KADAR SEWA
Kadar sewaan minimum adalah RM 124 sebulan sahaja.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Berikut adalah syarat permohonan rumah Keluarga Malaysia atau rumah IKRAM
1. Pemohon dan pasangan haruslah berwarganegara Malaysia.
2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Individu yang tidak memiliki rumah / rumah sedia ada telah dilelong / tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah dan seumpamanya sahaja layak untuk membuat permohonan.
4. Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM 3,000 sebulan.
CARA PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan rumah IKRAM KPKT tersebut, anda boleh terus membuat permohonan melalui laman web rasmi TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/
SENARAI RUMAH IKRAM
Sebanyak RM 1,000 unit ditawarkan melalui program ini. Berikut adalah senarai rumah IKRAM serta lokasinya :
- PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
- PPR Amanjaya, Kedah
- PPR Kota Setar, Kedah
- PPR Sinar Intan 3, Kedah
- PPR Lembah Subang 2, Selangor
- PPR Kota Bharu, Kelantan
- PPR Gua Musang, Kelantan
- PPR Sg Melana 2, Johor