BantuanBantuan Lain

Pelajar IPT Akan Terima Bantuan RM1,000 Bagi Yang Layak

Ini adalah berita baik bagi mereka yang akan melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan kerana bantuan berjumlah RM1,000 akan diberikan.

Untuk makluman, Bantuan ini adalah khusus untuk anak-anak selangor yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun ini yang dikenali sebagai HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT).

HPIPT

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak – anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

Pemohon yang layak untuk memohon  merupakan pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Jumlah Bantuan

Bantuan yang akan diberikan adalah berjumlah RM1,000 kepada mereka yang layak menerimanya.

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.

2. Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor.
  •  Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor.
  • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11        tahun dan menetap di Negeri Selangor.
  • Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.

3. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.

    4.  Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS  diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap  4 sahaja.

    5.  Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.

    6.  Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja.

    7.  Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    8.  Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah.

Cara Permohonan

Untuk pengtahuan anda, permohonan telah dibuka iaitu bermula 1 Mac 2023 – 31 mac 2023.

  1. Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman web Sistem Permohonan HPIPT: http://hpipt.selangor.gov.my.
  2. Pemohon boleh memuat turun Manual Panduan Permohonan melalui lama web tersebut sebagai rujukan.
  3. Pemohon diminta untuk melngkapkan permohonan di atas talian serta menghantar salinan asal Borang Pengesahan HPIPT yang telah disahkan oleh pihak IPTA / IPTS.
  4. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui email permohon.
  5. Salinan asal borang tersebut perlu dihantar kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos SEBELUM TARIKH TUTUP di alamat seperti berikut:

Urus Setia Hadiah Pengajian IPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan anda boleh melayari langsung laman rasmi HPIPT pada pautan dibawah.

https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button